Cari:
Wang Yi Hadir Sidang GMS
2018-04-01 13:57:49 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri sidang kemuncak ke-6 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) di Hanoi, Vietnam semalam.

Dalam ucapannya, beliau berkata kerjasama ekonomi GMS sudah dijalin selama 25 tahun. Pihak-pihak berkenaan harus merumus pengalaman dan merebut peluang untuk membuka dimensi baharu pembangunan subkawasan.

Langkah-langkah perlu diambil untuk menjana pertumbuhan ekonomi lebih kukuh, membina pola kerjasama lebih terbuka, di samping terus meningkatkan kebebasan dan pemudahan perdagangan dan pelaburan, menyokong sistem perdagangan multilateral, serta menggalakkan globalisasi ekonomi yang lebih terbuka, inklusif, seimbang dan menang-menang.

Wang turut menegaskan perlunya memperkasakan rangkaian kesalinghubungan GMS, dengan menumpukan projek-projek penting.

Dalam pada itu, negara-negara terlibat hendaklah menjalin perkongsian kerjasama yang lebih rapat demi pembangunan dan kemakmuran bersama.

Menurut cetak biru pembangunan yang dirangka dalam kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC), China komited mengejar pembangunan berkualiti, terus meningkatkan pembaharuan dan keterbukaan serta kerjasama saling menguntungkan dengan negara-negara jiran pada era baharu ini.

Wang menyatakan China akan terus meningkatkan penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan kerjasama GMS untuk mewujudkan komuniti berkongsi nasib yang lebih kukuh di subkawasan ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China