Cari:
China, Myanmar Ikrar Warisi Ikatan "Pauk-Phaw"
2018-04-01 14:30:38 CRI Cetak

China dan Myanmar berikrar mewarisi dan mengembangkan ikatan "Pauk-Phaw" di kalangan rakyat pada era baharu ini.

Ikrar itu dibuat dalam pertemuan antara Menteri Luar China, Wang Yi dengan Naib Presiden Myanmar, Henry Van Thio di Hanoi, Vietnam semalam.

Wang menyatakan China dan Myanmar mengekalkan ikatan "Pauk-Phaw" yang diwarisi turun-temurun, sementara pertukaran lawatan di peringkat tinggi amat rancak.

China bersedia bersama-sama Myanmar melaksanakan kata sepakat dicapai pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan kerjasama saling menguntungkan, serta mempercepat projek-projek penting dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) seperti Koridor Ekonomi China-Myanmar.

China menyokong usaha kerajaan Myanmar untuk memelihara kestabilan negara, membangunkan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat, dan bersedia terus menghulurkan bantuan semampu boleh kepada negara itu.

Myanmar diharap dapat menangani kemelut di bahagian utaranya secara baik serta menjaga keamanan dan kestabilan di kawasan sempadan dengan China.

Henry Van Thio pula mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China kerana mengambil berat terhadap hubungan dengan Myanmar.

Myanmar bersedia memperkasakan kerjasama muhibah dengan China dan terus aktif menyertai pelaksanaan inisiatif B&R, di samping bergabung tenaga dengan China untuk menjaga ketenteraman di kawasan sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China