Cari:
Wang Yi Temu PM Laos
2018-04-01 15:19:11 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith di Hanoi, Vietnam semalam.

Wang terlebih dahulu menyampaikan salam daripada Perdana Menteri Li Keqiang kepada Thongloun, kemudian memperkenalkan hasil penting dicapai dalam persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang diadakan di Beijing baru-baru ini.

Beliau menyatakan pemilihan Laos sebagai destinasi pertama lawatan Presiden Xi Jinping setelah kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) memperlihatkan kedudukan Laos yang penting dan istimewa dalam diplomasi China.

Kedua-dua negara hendaklah terus merancakkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan kerjasama pragmatik secara komprehensif.

Projek landasan kereta api China-Laos, ikon kerjasama bilateral, adalah antara hasil penyelarasan strategi pembangunan China dengan negara jiran dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Wang berkata, China bersedia bersama-sama Laos membawa kemajuan lebih ketara dalam Kerjasama Lancang-Mekong (LMC).

Beliau yakin Laos selaku anggota penting ASEAN, akan terus memainkan peranan positif dalam perkembangan hubungan China-ASEAN.

Thongloun pula menyatakan pihaknya yakin pembangunan sosialisme bercirikan China akan terus melakar kemajuan yang lebih besar di bawah pimpinan PKC, sementara perkongsian strategik komprehensif Laos-China akan melonjak ke tahap baharu.

Kata beliau, kerjasama pragmatik kedua-dua pihak seperti projek landasan kereta api Laos-China telah benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Laos.

Laos mahu mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi yang rapat dengan China, di samping terus mengintensifkan kerjasama kesalinghubungan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China