Cari:
China, Vietnam Rebut Peluang Buka Lembaran Baharu
2018-04-02 12:19:00 CRI Cetak

China dan Vietnam sedang berada pada fasa penting pembaharuan, inovasi dan keterbukaan. Peri pentingnya pembangunan yang saling melengkapi semakin ketara, manakala prospek kerjasama amat luas.

Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang dalam rangka lawatan ke Vietnam, menyatakan demikian selepas pertemuan dengan rakan sejawatnya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Pham Binh Minh di Hanoi semalam.

Kata beliau, jumlah perdagangan antara China dengan Vietnam pada tahun lalu melebihi USD100 bilion (RM386 bilion), sementara jumlah warga yang saling berkunjung mencatat lebih 10 juta.

China dan Vietnam perlu merebut peluang ini untuk membuka lembaran baharu pembangunan, menggalakkan penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan strategi "dua koridor satu lingkaran", serta menggalakkan kerjasama infrastruktur, kapasiti industri dan zon kerjasama ekonomi rentas sempadan.

Wang Yi memaklumkan, kedua-dua pihak bersetuju isu maritim perlu dikendalikan dengan baik, bagi memastikan perkembangan hubungan bilateral yang sihat. Penyelesaian akan dicari berdasarkan prinsip panduan China-Vietnam, sementara mengelakkan tindakan sepihak yang merumitkan situasi.

Tambah beliau, China dan Vietnam, dua negara yang mengamalkan sistem politik yang sama, boleh saling menimba pengalaman hingga memupuk ikatan kukuh antara dua negara sosialis yang dapat diteladani.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China