Cari:
Syarikat Filipina Aktif Sertai Ekspo Import Antarabangsa China
2018-04-02 12:20:27 CRI Cetak

Majlis promosi Ekspo Import Antarabangsa China pertama diadakan di Manila, Cebu dan Davao pada hujung bulan Mac lalu, anjuran bersama Kedutaan Besar China dan Kementerian Perdagangan dan Industri Filipina.

Majlis serupa turut diadakan oleh Pusat Perdagangan Luar China di Manila pada masa yang sama.

Seramai kira-kira 800 usahawan tempatan menunjukkan minat untuk menyertai ekspo tersebut, antaranya ramai telah mendaftar. Jumlah tempahan tapak gerai turut meningkat daripada 100 pada awal tahun ini kepada lebih 300.

Menteri Perdagangan dan Industri Filipina, Ramon Lopez menyatakan bahawa penganjuran ekspo tersebut mencerminkan China lebih aktif membuka pasaran kepada dunia.

Sebagai entiti ekonomi kedua terbesar, China yang menyokong globalisasi ekonomi dan kebebasan perdagangan akan membawa pengaruh positif kepada perdagangan global.

Pada tahun lalu, perdagangan antara China dengan Filipina mencatat USD51.2 bilion (RM198 bilion), meningkat 8.5% berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan eksport produk Filipina ke China melebihi import.

China kini rakan dagang dan sumber import terbesar, serta pasaran eksport keempat terbesar bagi Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China