Cari:
Sidang Kemuncak GMS Capai Hasil Cemerlang
2018-04-02 13:34:07 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) ke-6 ditutup di Hanoi, Vietnam kelmarin, dengan membuahkan beberapa hasil penting.

Satu perisytiharan bersama telah diluluskan hasil mesyuarat tertutup dan mesyuarat berskala besar, berserta Pelan Tindakan Hanoi 2018-2022 dan Rangka Kerja Pelaburan Serantau 2022.

Rangka kerja pelaburan serantau itu menetapkan senarai program yang diutamakan dalam lima tahun akan datang, termasuk 227 projek bantuan pelaburan dan teknologi yang bernilai kira-kira USD66 bilion (RM255 bilion).

Membangunkan GMS yang lestari, bersepadu dan makmur melalui kerjasama yang dijalan selama 25 tahun, menjadi tema sidang kemuncak kali ini.

Pemimpin dari China, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam serta wakil dari Bank Pembangunan Asia (ADB), Bank Dunia dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) turut hadir.

Sidang kemuncak GMS berikutnya dijadualkan di Kemboja pada tahun 2021.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China