Cari:
Nguyen Phu Trong Temui Wang Yi
2018-04-02 15:53:27 CRI Cetak
Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong ditemui Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang mengadakan lawatan rasmi di negara itu hari ini.

Dalam pertemuan itu, Nguyen Phu Trong telah mengirim salam kepada rakan sejawatnya, Xi Jinping serta mengucapkan tahniah atas persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang diadakan dengan jayanya.

Kata beliau, Vietnam mengalu-alukan pembangunan China serta sumbangan penting negara ini terhadap kedamaian dan kestabilan serantau bahkan dunia.

Beliau yang menghargai keputusan Xi memilih Vietnam sebagai destinasi lawatan pertama selepas Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China tahun lalu, turut menyatakan bahawa Vietnam dan China dua jiran sosialis yang muhibah, yang perlu bersatu dan saling membantu.

Hubungan bilateral berkembang dengan sihat pada masa ini. Vietnam menyokong inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China dan bersedia menggalakkan penyelarasan dalam pelaksanaan inisiatif itu dengan strategi "Dua Koridor Satu Lingkaran", sambil mendorong kerjasama progmatik.

Kedua-dua pihak perlu mengedalikan isu maritim dengan baik malalui rundingan, di samping membincangkan penerokaan bersama, bagi menjaga ketenteraman di laut.

Wang Yi juga menyampaikan salam Xi Jinping kepada Nguyen Phu Trong. Kata beliau, lawatan Xi Jinping ke Vietnam amat berhasil, dengan persepakatan strategik pemimpin kedua-dua parti dan negara digerakkan sebagai penjana pembangunan hubungan bilateral.

Lawatan Wang Yi yang diatur oleh kerajaan penggal baharu China mencerminkan betapa negara ini mementingkan hubungan dengan Vietnam dalam dasar luarnya.

China bersedia bersama-sama Vietnam untuk terus melaksanakan pencapaian penting lawatan Xi Jinping, memperkukuh dan mengembangkan kerjasama muhibah berteraskan pegawai tinggi parti dan kerajaan kedua-dua negara, dan menjadikannya wadah untuk meningkatkan kerjasama strategik komprehensif dalam segenap aspek.

Kedua-dua pihak patut memanfaatkan peluang sedia ada untuk menggalakkan penyelarasan inisiatif B&R dan strategi "Dua Koridor Satu Lingkaran", meneroka bidang kerjasama baharu, serta meningkatkan skala dan kualiti kerjasama pragmatik.

China bersedia bersama-sama Vietnam menangani pertikaian, merintis pembangunan dan mempererat ikatan kalangan rakyat, bagi menjamin hubungan China-Vietnam sentiasa berkembang ke arah yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China