Cari:
Wang Yi Temu TPM Vietnam
2018-04-02 11:32:21 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah menemui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh semalam.

Wang Yi berkata, China bersedia bersama-sama Vietnam untuk melaksanakan persepakatan penting yang dicapai semasa lawatan Presiden Xi Jinping ke Vietnam serta konsensus politik peringkat tinggi antara parti dan kerajaan kedua-dua negara.

China juga komited terus melonjakkan Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Vietnam ke tahap baharu.

Kata beliau, China dan Vietnam perlu terus menyelaraskan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan strategi "dua koridor, satu lingkaran". Kerjasama pragmatik perlu dirancakkan terutamanya dalam projek infrastruktur, kapasiti industri dan zon kerjasama ekonomi rentas sempadan.

Pham Binh Minh pula berkata, Vietnam bersedia menyahut setiap komitmen China tersebut, di samping mengukuhkan jalinan bilateral dengan panduan jawatankuasa berkenaan.

Usaha akan dilakukan untuk mempergiat interaksi sosiobudaya, serta menggalakkan isu maritim dikendalikan dengan baik, bagi memantapkan hubungan muhibah dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China