Cari:
Wang Yi Lawat Vietnam
2018-04-02 15:38:47 CRI Cetak
Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang melawat Vietnam telah bertemu dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong, Presiden Trn i Quang dan Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc pada 1 dan 2 April.

Dalam pertemuan tersebut, Nguyen Phu Trong berkata, Vietnam dan China merupakan dua jiran sosialis yang muhibah, yang perlu bersatu dan saling membantu.

Kini, hubungan kedua-dua negara berkembang baik. Vietnam bersedia menyelaraskan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan strategi "Dua Koridor, Satu Lingkaran", mendorong kerjasama pragmatik bilateral, serta mengendalikan isu maritim dengan baik agar tidak menjejaskan hubungan.

Trn I Quang pula berkata, lawatan Presiden Xi Jinping ke Vietnam pada tahun lalu telah mendorong peningkatan rasa saling mempercayai dalam bidang politik dan kerjasama yang saling menguntungkan kedua-dua negara. Vietnam bersedia bersama-sama dengan China untuk melaksanakan konsensus politik peringkat tinggi antara parti pemerintah kedua-dua negara.

Nguyen Xuan Phuc dalam pertemuan dengan Wang Yi berkata, Vietnam mengutamakan hubungan dengan China dalam dasar luarnya dan berharap terus meningkatkan persahabatan tradisional kedua-dua pihak.

Wang Yi dalam pertemuan dengan tiga pemimpin Vietnam tersebut menyatakan bahawa China akan terus mementingkan hubungan dengan Vietnam. Kedua-dua pihak perlu terus melaksanakan hasil penting dicapai semasa lawatan Presiden Xi ke Vietnam serta persepakatan politik peringkat tinggi antara parti dan kerajaan dalam bentuk tindakan yang mengintensifkan kerjasama strategik komprehensif.

Beliau juga berkata, kedua-dua negara perlu berhati-hati ketika menangani isu sensitif, di samping terus mengukuhkan kedudukan di hati rakyat bagi menjamin hubungan China-Vietnam berkembang ke arah yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China