Buah-buahan dari negara-negara ASEAN kini dijual beli di bahagian barat negara China, setelah dibawa masuk ke pasaran tersebut melalui "Koridor Selatan China-Singapura".
Menurut maklumat yang diumumkan Biro Nanning China Railway semalam, sebanyak 12 tan buah-buahan dari rantau itu diangkut ke bandar Lanzhou, provinsi Gansu melalui laluan tersebut baru-baru ini.
Statistik juga menunjukkan, biro berkenaan telah mengendalikan sebanyak 111 kereta api kontena melalui koridor itu setakat 31 Mac lalu.