Cari:
Majlis Amal "Kedai Buku Cheng Ho" di Surabaya
2018-04-03 15:56:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Majlis amal "Kedai Buku Cheng Ho" ke-5 telah diadakan di Konsulat Besar China di Surabaya, Indonesia pada 2 April lalu.

Majlis tersebut mendermakan buku-buku serta kelengkapan kepada sepuluh sekolah di wilayah Jawa Timur dan Jawa Tengah.

Konsul Jeneral China ke Surabaya, Gu Jingqi dalam ucapan tahniahnya berkata, lebih 30 ribu buku dan lebih seratus komputer telah didermakan kepada lebih 50 sekolah dan kolej berkenaan melalui aktiviti tersebut, yang telah diadakan selama lima tahun berturut-turut.

Gu berharap buku-buku yang didermakan itu dapat membantu para pelajar menguasai lebih banyak ilmu agar mengenali dan memahami China bahkan seluruh dunia dengan lebih mendalam.

Kepala Dinas Perpustakaan dan Kearsipan Jawa Timur

Indonesia, Sudjono berkata, beliau berharap buku-buku dermaan tersebut boleh membantu pelajar-pelajar tempatan memupuk tabiat membaca yang baik dan membantu mereka membesar dengan sihat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China