Cari:
Presiden Xi Bakal Hadir Perasmian BFA
2018-04-03 15:54:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2018 di provinsi Hainan pada minggu depan.

Menteri Luar China, Wang Yi yang mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media di Beijing pagi tadi, turut memaklumkan bahawa Presiden Xi akan menyampaikan ucaptama dalam majlis tersebut.

Selain menghadiri majlis perasmian, Xi akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin negara asing dan ketua pengarah pertubuhan antarabangsa, serta mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil syarikat tempatan dan asing.

Inilah kali ketiga Presiden Xi menghadiri sidang tahunan BFA sejak menyandang jawatan Presiden China.

Pemimpin-pemimpin asing yang bakal menghadiri sidang tersebut termasuk Presiden Filipina, Rodrigo Duterte; Presiden Austria, Alexander van der Bellen; Presiden Mongolia, Ukhnaagiin Khurelsukh; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte; Perdana Menteri Pakistan, Shahid Khaqan Abbasi serta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Presiden Austria serta Perdana Menteri dari Singapura, Belanda dan Mongolia akan mengadakan lawatan rasmi ke China dalam tempoh BFA kali in.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China