Cari:
China, Sumber Pelaburan Terbesar Iskandar Malaysia
2018-04-03 12:44:41 CRI Cetak

Jumlah pelaburan China terhadap Iskandar, zon ekonomi khas di Johor, Malaysia mencatat RM30.39 bilion, sekali gus menjadikan China sumber pelaburan luar terbesar bagi zon ekonomi itu.

Demikian dinyatakan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian ketika bertemu dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail di Johor Bahru semelam.

Bai Tian menyatakan bahawa hubungan China-Malaysia sedang berada pada tempoh yang paling baik dalam sejarah. Malaysia merupakan negara penting dalam strategi Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 China. Negeri Johor dan China telah menjalankan kerjasama yang amat berhasil dalam bidang kesalinghubungan kemudahan dan kerjasama kapasiti industri antarabangsa terutamanya sektor pembuatan.

Tambah beliau, China bersedia mengambil bahagian dengan aktif dan meneruskan kerjasama yang saling menguntungkan untuk membantu Johor berkembang menjadi antara negeri yang ekonominya paling dinamik di Malaysia.

Sultan Ibrahim Ismail pula menyatakan bahawa kerjasama Malaysia-China mengekalkan momentum yang baik. Beliau mengalu-alukan dan menyokong syarikat China melabur di negeri itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China