Cari:
Landasan Kereta Api Selatan Malaysia Mula Dibina
2018-04-04 14:01:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Projek pembinaan landasan kereta api usaha sama China dengan Malaysia telah dilancarkan secara rasmi di Segamat, Johor pada 3 April lalu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan tahniahnya pada majlis pecah tanah berkata, projek tersebut boleh dikatakan amat bermakna kerana dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan sekitar laluan landasan kereta api tersebut.

Hal ini sekali gus bermanfaat bagi kerjasama ekonomi dan perdagagnan antara Malaysia dan China.

Projek yang nilai kontraknya mencecah RM8.9 bilion itu dibina bersama oleh China Railway Construction (CRCC), China Railway Group Limited dan China Communications Construction Company Limited (CCCC), sepanjang 191.14 kilometer dengan kelajuan maksimum operasi 160 kilometer sejam.

Menurut rancangan, projek landasan kereta api di bahagian selatan Malaysia ini dijadualkan siap dibina menjelang 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China