Cari:
Jakarta Tangani Kesesakan demi Sukan Asia
2018-04-05 12:55:54 CRI Cetak

Kerja persiapan untuk Sukan Asia 2018 di Jakarta sedang dijalankan dengan lancar, dan masalah kesesakan lalu lintas bandar raya itu dipercayai dapat ditangani menerusi pelbagai langkah.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia 2018, Erick Thohir memaklumkan bahawa sejumlah sekolah di Jakarta akan diberi cuti sempena temasya sukan itu, langkah yang dipercayai akan mengurangkan 20% kesesakan.

Selain itu, Jakarta akan menyediakan lorong khas untuk kenderaan Sukan Asia dan menempatkan lebih ramai polis trafik di tempat-tempat tertentu, selain mengehadkan kemasukan lori besar ke dalam bandar.

Jawatankuasa penganjur juga akan bekerjasama dengan pembekal perkhidmatan sewa kereta dalam talian, bas, lebuh raya dan komuter untuk memastikan kelancaran pengangkutan awam.

Sukan Asia ke-18 dijadualkan berlangsung di Jakarta dan Palembang, Sumatera Selatan pada 18 Ogos hingga 2 September nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China