Cari:
China, Laos Meterai Perjanjian Francais Lebuh Raya
2018-04-05 14:46:29 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perjanjian francais laluan lebuh raya Vientiane-Vang Vieng Laos telah termeterai di Vientiane pada 4 April lalu.

Majlis pemeteraian perjanjian tersebut disaksikan oleh wakil pemegang saham Syarikat Penerokaan Lebuh Raya Usaha Sama Laos dan China, Chen Wenshan bersama Menteri Perancangan dan Pelaburan Laos, Souphanh Keomixay.

Jumlah pelaburan dalam projek lebuh raya Vientiane-Vang Vieng yang sepanjang 109.1 kilometer tersebut bernilai USD1.3 bilion (RM5.02 bilion).

Selepas lebuh raya itu siap dibina, masa perjalanan akan dapat dipendekkan daripada empat kepada satu setengah jam.

Lebuh raya Vientiane-Vang Vieng merupakan komponen penting bagi lebuh raya dari Vientiane ke pintu masuk Boten di kawasan sempadan Laos dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China