Cari:
Mekanisme Kerjasama Fokus Sidang MRC
2018-04-06 11:35:20 CRI Cetak

Kerjasama pragmatik untuk memperkasakan mekanisme serantau dan subkawasan menjadi fokus Sidang Kemuncak ke-3 Suruhanjaya Sungai Mekong (MRC) di Siem Reap, Kemboja semalam.

Para hadirin telah membincangkan pendekatan yang boleh diambil untuk mengukuhkan kerjasama di bawah rangka ASEAN, Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) dan kerjasama ekonomi Subkawasan Mekong Besar (GMS).

Sidang tersebut dihadiri empat ketua kerajaan negara MRC, iaitu Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, serta rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc; dari Thailand, Prayuth Chan-ocha dan dari Laos, Thongloun Sisoulith.

Turut hadir, delegasi dari China yang diketuai Menteri Sumber Air, E Jingping, serta delegasi dari Myanmar diketuai Menteri Perlindungan Sumber Alam dan Persekitaran, U Ohn Win.

"Pengumuman Siem Reap" yang dikeluarkan bersama, menilai tinggi segala pencapaian sejak sidang terakhir pada 2014, di samping menetapkan beberapa sektor utama yang menjadi tumpuan kerjasama seterusnya.

Hun Sen dalam ucapannya menyatakan bahawa kerjasama dalam rangka MRC telah mendorong pembangunan sosioekonomi di lembangan Sungai Mekong, sekali gus menggalakkan pengurusan sumber air dan alam secara lestari.

Kemboja akan terus bersama-sama negara lain yang terlibat meningkatkan kerjasama serantau, demi pembangunan mampan lembangan Sungai Mekong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China