Cari:
Laos Bina Pusat Data Negara dengan Teknologi China
2018-04-06 14:29:38 CRI Cetak

Kementerian Sains dan Teknologi Laos baru-baru ini mengumumkan rancangan mengimport teknologi maklumat milik China untuk membina pusat data negara, terutamanya melibatkan perkhidmatan awan, platform e-bayar dan logistik, sambil membangunkan taman teknologi perisian.

Pada 3 April lalu, Jabatan Teknologi Digital dan Perancangan dan Kerjasama, Kementerian Sains dan Teknologi Laos telah menandatangani memorandum dengan Syarikat Telekomunikasi Jaringan Laos mengenai pembinaan sistem awan Pusat Data Negara serta projek taman teknologi perisian.

Pengurus Besar syarikat itu memberitahu wartawan bahawa projek tersebut akan mengimport teknologi maklumat generasi baharu China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China