Cari:
Duterte Akan Berucap dalam Majlis Perasmian BFA
2018-04-07 15:52:49 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bakal menghadiri majlis perasmian Forum Asia Boao (BFA) di Hainan, China pada 10 April ini dan menyampaikan ucapan.

Demikian dinyatakan Naib Menteri Luar Filipina, Manuel Antonio Teehankee ketika beliau menganjurkan taklimat tentang lawatan Duterter di Pejabat Presiden Filipina semalam.

Menurut Teehankee, Duterte juga akan bersama dengan pemimpin China membincangkan cara memperkasakan hubungan bilateral, menangani masalah kecemasan dan ancaman bersama, seperti kumpulan pelampau dan pengganas serta pengedaran dadah secara rentas sempadan.

Lawatan ini adalah lawatan ketiga Duterte ke China dan lawatan pertama ke Boao setelah beliau menyandang jawatan Presiden.

Selain itu, Hong Kong terpilih sebagai destinasi berikutnya dalam jadual lawatan Duterte, selepas BFA.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China