Cari:
16 Cedera, Bas Langgar Kereta di Genting Highlands
2018-04-07 16:06:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
16 cedera dan tiga daripadanya patah tulang dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah bas yang membawa 16 orang pelancong China yang dikesan melanggar dengan sebuah kereta di sekitar Genting Highlands, negeri Selangor, Malaysia pada kira-kira pukul 7.00 malam 6 April lalu.

Demikian dimaklumkan oleh Kedutaan Besar China ke Malaysia pada hari ini.

Menurut kedutaan itu, semua mangsa pelancong dan bas pelancongan tersebut merupakan pemegang insurans hayat. Selepas kemalangan itu berlaku, agensi pelancongan terlibat segera menghantar mangsa-mangsa ke hospital dan memastikan mereka dijaga dengan petugas tertentu.

Sebahagian mangsa yang cedera ringan telah keluar dari hospital, namun yang baki masih diatur menerima rawatan berkenaan.

Keduataan Besar China ke Malaysia juga menghantar kakitangan untuk mengziarahi mangsa-mangsa dan menggesa agensi pelancongan memberi bantuan sewajarnya kepada para pelancong China yang cedera dalam kemalangan tersebut.

Punca kemalangan tersebut masih disiasat pada ketika ini. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China