Cari:
ASEAN Terus Sokong Globalisasi
2018-04-08 14:56:16 CRI Cetak

Globalisasi membawa manfaat besar kepada pelbagai negara di seluruh dunia. ASEAN akan terus mendorong integrasi ekonomi serta menyokong perdagangan, keterbukaan dan globalisasi.

Demikian dinyatakan Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat setelah Persidangan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN berakhir di Singapura kelmarin.

Menurut beliau, penyelesaian yang betul untuk menangani impak negatif globalisasi bukanlah menyekat ekonomi, tetapi mewujudkan integrasi dengan lebih baik, mencari keuntungan dari perdagangan yang bebas dan terbuka, membaiki struktur ekonomi, memperhebat kesalinghubungan kewangan, dan melatih kemahiran vokasional baru.

Dalam persidangan tersebut, para hadirin mengulangi matlamat strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 dan mengalu-alukan tiga usul yang dikemukakan Singapura, iaitu mengekalkan pertumbuhan, meningkatkan ketabahan dan menggalakkan inovasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China