Soksiphana, penasihat kerajaan Kemboja berpendapat, BFA dijangka akan memberi kesan positif untuk memacu pertumbuhan ekonomi seluruh dunia serta isu-isu tadbir urus global. Beliau percaya, dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta pembangunan secara damai yang dilaksanakan oleh kerajaan China akan membawa manfaat kepada rantau Asia bahkan seluruh dunia.
Li Xingyu, Pengarah Eksekutif Pusat Pengajian Sosioekonomi di bawah Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berkata, tindakan China yang mempertahankan kebebasan perdagangan seluruh dunia membina suasana pertumbuhan ekonomi yang amat bermanfaat bagi negara-negara di Asia. China diharap terus melindungi sistem perdagangan bebas untuk memberi dimensi baharu bagi pertumbuhan ekonomi sejagat melalui platform BFA.
Zakaria Afif, Naib Canselor Universiti Indonesia beranggapan, hala tuju dan konsep perkembangan negara yang diamalkan dan dipegang oleh China membuat sumbangan bermakna kepada rasa saling mempercayai dan kerjasama seluruh dunia.