Cari:
Syarikat Usaha Sama China, Filipina Sertai Pembinaan Semula Marawi
2018-04-08 14:44:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pelan pembinaan semula bandar Marawi yang diserahkan oleh syarikat usaha sama yang terdiri daripada lima syarikat China dan tiga syarikat Filipina telah lulus penilaian peringkat awal.

Maklum Jabatan Pembinaan Perumahan Filipina pada 6 April lalu, pelan itu kini antara tender untuk bidaan projek berkenaan.

Marawi, selatan Filipina telah mengalami kerosakan teruk dalam pertempuran selama lima bulan antara tentera kerajaan dengan kumpulan militan Maute dan Abu Sayyaf, yang tercetus pada Mei tahun lalu.

Sebaik sahaja pertempuran tamat, kerajaan Filipina telah melancarkan projek membina semula bandar tersebut dan memulakan pembidaan pada Februari tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China