Pengamal media di Asia perlu meningkatkan pemahaman antara satu sama lain dan menjalinkan kerjasama berdasarkan prinsip saling menghormati.
Demikian dinyatakan Ketua Media Bahasa Mandarin, Syarikat Percetakan Singapura, Lee Huay Leng ketika diwawancara oleh wartawan CRI, ketika menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin Media Asia yang dirasmikan di Sanya, provinsi Hainan China hari ini.
Dimaklumkan, seramai lebih 100 orang pemimpin media dari 47 buah negara menghadiri sidang yang bertemakan "era baharu kerjasama media Asia - kesalinghubungan, pembangunan berteraskan inovasi" itu.