Cari:
Penumpang Berbohong Bawa Bom Ditahan
2018-04-09 14:27:47 CRI Cetak

Sebuah pesawat penerbangan Scoot kendalian Singapore Airlines yang dalam perjalanan ke Hat Yai, selatan Thailand terpaksa berpatah balik ke Singapura sesudah menerima ancaman serangan bom.

Pesawat TR634 yang membawa 173 penumpang dan enam kru itu diiringi dua jet pejuang Angkatan Udara Singapura untuk kembali ke lapangan terbang Changi.

Ancaman timbul apabila seorang penumpang lelaki berusia 41 enggan memindahkan bagasi mengikut arahan anak kapal dan bergurau terdapat bom di dalam bagasi tersebut.

Lelaki itu ditahan oleh polis setelah kapal terbang mendarat.

Pemeriksaan terhadap bagasi suspek dan dua orang kawannya tidak menemukan sebarang benda berbahaya.

Jurucakap syarikat Scoot berkata, siasatan masih dijalankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China