Cari:
Filipina Teruk Kena Tempias Pergeseran China, AS
2018-04-09 14:33:48 CRI Cetak

Filipina mungkin negara Asia Tenggara yang paling teruk terkena tempias akibat pergeseran perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS), menurut ulasan akhbar Philippine Star semalam.

Laporan penyelidikan terkini Bank RHB Malaysia menunjukkan, sejumlah komoditi negara-negara ASEAN dieskport ke China sebelum diproseskan di China dan dieksport ke seluruh dunia.

Perang perdagangan antara dua negara gergasi tersebut akan menjejaskan negara-negara Asia Tenggara.

Antaranya, Filipina berdepan dengan risiko terbesar, ekoran kadar eksport yang berkaitan dengan China 16.9%, jauh lebih tinggi daripada Malaysia 11.4%, Indonesia 10.9%, Thailand 6.8%, Singapura 5% dan Vietnam 2.2%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China