Cari:
Kerjasama China-ASEAN Antara Teladan Paling Berjaya
2018-04-10 13:52:48 CRI Cetak

 

Dalam tempoh 15 tahun lalu, kerjasama antara China dengan ASEAN telah menjadi teladan paling berjaya dan dinamik antara kerjasama serantau di Asia Pasifik, manakala perkongsian strategik China-ASEAN sedang memasuki fasa matang.  

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian ketika menghadiri senimar sempena sambutan ulang tahun ke-15 Perkongsian Strategik Komprehensif China-ASEAN di Jakarta semalam.

Menurutnya, China adalah rakan dialog pertama yang menjalinkan perkongsian strategik dengan ASEAN. Sepanjang 15 tahun lalu, kedua-dua pihak menggembleng tenaga untuk menghadapi cabaran dan risiko, sehingga membuahkan hasil cemerlang pada masa ini.

Hasil ini berkat kesalingpercayaan politik serta semangat kejiranan dan persahabatan yang kian kukuh, membolehkan wujudnya situasi menang-menang yang dilimpahi kestabilan serantau.

Kata beliau lagi, Presiden China, Xi Jinping menyarankan agar perkongsian strategik kedua-dua pihak dilonjakkan ke tahap lebih tinggi, ke arah satu komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat. China dan ASEAN sedang menetapkan visi perkongsian strategik 2030, yang akan menjadi cetak biru bagi masa depan hubungan bilateral.

Seminar di Jakarta itu turut dihadiri perwakilan dari China, Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, dan Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China