Cari:
China, Filipina Kukuhkan Hubungan
2018-04-11 12:59:00 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Rodrigo Duterte di Wiswa Tetamu Negara Boao, Hainan China semalam.

Xi berkata, hubungan antara China dengan Filipina membuka lembaran baharu sejak bermulanya penggal Duterte. China bersedia bersama-sama Filipina mencari persefahaman dan mengetepikan percanggahan agar hubungan antara kedua-dua negara terus menuju ke arah yang baik.

Menurutnya, hubungan antara China dengan Filipina telah pulih dan semakin kukuh dalam dua tahun lalu. Hubungan itu perlu ditingkatkan lagi pada tahun ini. Untuk itu, pemimpin kedua-dua negara perlu berkomunikasi dengan rapat, manakala kedua-dua negara perlu memperkasakan kerjasama menang-menang dalam pelbagai bidang di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Bertepatan dengan ulang tahun ke-15 Perkongsian Strategik China-ASEAN tahun ini, China bersedia bekerjasama rapat dengan Filipina, negara penyelaras bergilir bagi hubungan China-ASEAN, untuk memperkasakan kerjasama dengan ASEAN dan Asia Timur.

Duterte pula berkata, hubungan Filipina dan China mengekalkan momentum perkembangan yang amat baik pada masa ini. Pihaknya mengucapkan terima kasih atas bantuan dan sokongan China terhadap usaha Filipina membangunkan sosioekonomi dan membanteras keganasan. Filipina bersedia bersama-sama China untuk membina Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 serta meningkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China