Cari:
China Penggalak Penting Pembangunan Bersama Asia
2018-04-12 12:51:46 CRI Cetak

China melakar hasil cemerlang sepanjang pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka selama 40 tahun lalu. Pengalaman China perlu dipelajari pelbagai negara termasuk Thailand. Dalam pada itu, China telah memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan bersama seluruh Asia.

Demikian ujar bekas Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga ahli Majlis Forum Asia Boao, Surakiart Sathirathai dalam satu wawancara baru-baru ini.

Beliau menyanjung tinggi pembaharuan struktur pembekalan yang dilaksanakan di China, yang dipercayai mampu membantu pembaharuan ekonomi secara mendalam.

Beliau turut melahirkan rasa puas hati kerana fasa pertama pembinaan landasan kereta api China-Thailand telah dimulakan. Selaku penyokong inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), beliau berpendapat projek ini pasti akan menggalakkan kesalinghubungan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China