Sidang Kemuncak Pemimpin Media Asia sempena Forum Asia Boao (BFA) 2018 di Hainan China baru-baru ini, telah diadakan dengan jayanya.
Timbalan Ketua Pengarah Stesen TV Kemboja (TVK), Chey Sorphea yang menyertai sidang tersebut berkata, beliau menanti-nantikan penubuhan sebuah persekutuan media Asia agar suara Asia dapat disampaikan dengan lebih lantang.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada China kerana menyediakan platform kepada media arus perdana Asia untuk bertukar-tukar pendapat dan membincangkan kerjasama.
Menurutnya, para peserta sidang kali ini mencapai pelbagai kata sepakat tentang peranan dan masa depan media.