Kesalinghubungan perkhidmatan kewangan antara keutamaan kerjasama Singapura dengan China, dan Singapura menyokong sepenuhnya pengantarabangsaan matawang renminbi (RMB).
Demikian ujar Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ketika menghadiri Persidangan Insights Asian DBS di Shanghai, China semalam.
Projek kerjasama anjuran bersama Singapura dan China pada beberapa tahun ini membawa lebih banyak peluang kepada syarikat dari kedua-dua negara bahkan Asia.
Kata beliau, pada masa ini, terdapat syarikat Singapura di hampir semua bandar dan provinsi di China. China rakan dagang dan sumber pelancong terbesar bagi Singapura, manakala Singapura pula salah satu sumber pelaburan asing dan pusat penjelasan RMB luar pesisir yang terbesar bagi China.
Hubungan antara kerajaan kedua-dua negara turut berkembang seiring dengan perubahan zaman, dan kerjasama yang dijalin adalah berdasarkan kelebihan masing-masing dan keperluan pada fasa pembangunan berbeza.