Cari:
Guo Shengkun Ditemui Luhut
2018-04-14 14:39:52 CRI Cetak

Anggota Biro Politk Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Setiausaha Jawatankuasa Politik dan Perundangan Jawatankuasa Pusat PKC, Guo Shengkun ditemui utusan khas Presiden Indonesia yang juga Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman, Luhut Panjaitan di Beijing semalam.

Guo menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping telah menghuraikan konsep membina komuniti berkongsi nasib sesama insan dan bersama-sama mencipta masa depan Asia dan dunia yang cerah, ketika menyampaikan ucaptama dalam sidang tahunan Forum Asia Boao baru-baru ini. Ucapan beliau mendapat sambutan masyarakat antarabangsa dan diyakini akan turut menyuntik momentum baharu kepada pembangunan hubungan China-Indonesia.

Guo berharap kedua-dua pihak melaksanakan konsensus yang dicapai presiden kedua-dua negara, menggalakkan penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan strategi pembangunan Indonesia, mengintensifkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan termasuk usaha memerangi jenayah rentas sempadan, serta memelihara kestabilan dan pembangunan kedua-dua negara dan rantau ini.

Luhut pula menyatakan bahawa pihaknya bersedia memperkasakan kerjasama pragmatik dengan China di samping memperluas kerjasama yang saling menguntungkan dan situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China