Cari:
Kedutaan China di Myanmar Sambut Pesta Songkran
2018-04-14 14:42:45 CRI Cetak

Kedutaan China di Myanmar telah mengundang wakil pelbagai lapisan masyarakat tempatan bersama-sama merayakan Pesta Songkran yang juga Tahun Baharu Myanmar. Ini kali pertama Kedutaan China di Myanmar mengadakan aktiviti sambutan Pesta Songkran.

Duta Besar China, Hong Liang dalam aktiviti itu berkata, Songkran yang juga dikenali sebagai Pesta Air adalah pesta tradisonal Myanmar. Pesta ini juga disambut di China, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam dan Sri Lanka. Songkran merupakan pesta bersama dan warisan budaya bersama bagi beberapa negara di rantau ini. Ini membuktikan rakyat di negara-negara tersebut berkongsi budaya yang sama dan mempunyai ikatan yang rapat.

Ketua Menteri provinsi Yangon, Phyo Min Thein pula menyatakan bahawa aktiviti tersebut yang diadakan oleh Kedutaan China buat pertama kalinya bukan sahaja mendorong hubungan persahabatan kedua-dua negara bahkan mengeratkan hubungan rakyat kedua-dua negara. Kerajaan dan syarikat kedua-dua negara bekerjasama akan menggalakkan pembangunan negaranya.

Dalam aktiviti itu, Hong Liang bersama-sama dengan penduduk tempatan menari tarian tradisonal Myanmar dan saling menyiram air bagi menyampaikan hasrat yang baik.

Pesta Songkran di Myanmar tahun ini akan berlangsung hingga 17 April.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China