Cari:
Malaysia Negara Paling Berjaya Bantu Golongan Miskin
2018-04-15 15:20:52 CRI Cetak
Malaysia diiktiraf sebagai negara paling berjaya di dunia dalam soal membantu golongan susah dan berpendapatan rendah menerusi pelbagai dasar yang telah dilaksanakan kerajaan, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib berkata dasar itu dilaksanakan secara konsisten sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein iaitu ayahanda beliau sendiri dengan mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutan (Felda). Beliau berkata, antara yang menjadi perhatian utama ialah bagaimana mengubah dan menolong orang kampung dan miskin. Hal ini tidak dapat dinafikan apabila kedudukan golongan miskin terutama di kawasan luar bandar mulai berubah bertitik tolak daripada situ. Beliau menambah, Kadar kemiskinan secara mutlak di Malaysia telah menjadi sifar, manakala kadar kemiskinan secara relatif menurun daripada 3.8 peratus pada tahun 2009 kepada 0.4 peratus pada 2016. ----Sumber dari Bernama
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China