Cari:
Sesi Promosi Ekspo Import Antarabangsa China di Vietnam
2018-04-15 14:31:32 CRI Cetak

Sesi promosi Ekspo Import Antarabangsa China pertama diadakan di bandar Ho Chi Minh, Vietnam baru-baru ini.

Kaunselor Ekonomi dan Perdagangan Kedutaan Besar China ke Vietnam, Hu Suojin menyatakan bahawa jumlah perdagangan antara China dengan Vietnam buat pertama kali melebihi USD100 bilion (RM387 bilion) pada tahun lalu. Hasil pertanian dan barangan pengguna antara barang dagangan utama dalam ekport Vietnam ke China dan laris dijual dalam pasaran China.

Menurut Ketua Kaunsul China ke Ho Chi Minh, Chen Dehai, China menganjurkan Ekspo Import Antarabangsa pertama menunjukkan kesediaan China untuk terus membuka pasaran dan menyumbang kepada globalisasi dan perdagangan bebas dunia, selain berkongsi hasil pembangunan China dengan pelbagai negara. China mengalu-alukan negara-negara jiran termasuk Vietnam menikmati hasil pembangunan China dan membawa produk istimewa dan berdaya saing ke pasaran China.

Pegawai Vietnam pula menyatakan bahawa ekspo itu diyakini akan mengimbangi perdagangan kedua-dua negara ini dan menjadi wadah penting bagi syarikat Vietnam meneroka pasaran China.

Ekspo Import Antarabangsa China pertama akan diadakan di Shanghai pada 5 hingga 10 November tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China