Pelajaran 12 Di Kedai Makanan Segera

 Hubungi CRI
 

Perusahaan Restoran Makanan Segera di China berkembang agak lewat kerana ia lambat terkena tempias kegemaran baru yang datang dari negara Barat. Konsep "makanan segera" baru diketahui oleh orang China sejak restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) pertama diwujudkan di China pada tahun 1987. Ini mungkin berkait rapat dengan kebiasaan yang berbeza masyarakat China dalam aspek makan di luar. Biasanya orang China akan makan secara berhidang di restoran bersama-sama dengan sahabat atau ahli keluarga. Mereka akan berbual-bual sambil menikmati hidangan. Kini restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald's tumbuh bagai cendawan di musim hujan di bandar besar dan sederhana di China. Malah, restoran makanan segera yang mengeluarkan makanan China muncul satu persatu di negara ini. Kesemua restoran makanan segera tersebut memang memberikan keselesaan dan memudahkan kehidupan kita. Perkembangan perusahaan restoran makanan segera di China masih dalam peringkat awal. Namun dalam beberapa bandar besar dan sederhana, makanan segera sudah menjadi keperluan tetap bagi orang tertentu seperti peniaga, pelancong dan pelajar ketika mereka berada di luar rumah.