我吃饱了。Wǒ chībǎo le.
Saya sudah kenyang.
Orang China amat pemurah. Mereka suka meraikan tetamu dalam hal makan.Jadi, kadang-kadang amat perlu untuk memberitahu mereka "saya sudah kenyang", iaitu "wo3 chi1 bao3 le" supaya mereka tidak tambah lauk lagi.
"wo3", "saya".
"chi1", "makan".
"bao3" bermaksud "kenyang".
le ialah kata bantu. Kata kerja dalam bahasa Mandarin tidak dapat memperlihatkan keadaan sebenar. Jadi, kata bantu sentiasa digunakan untuk menunjukkan perkara itu sudah atau bakal berlaku. Sebagai contoh "wo3 chi1 bao3 le ", "le" di sini mempunyai maksud "sudah".