-
Sila tunggu sekejap.
Di Beijing, kita boleh mencuba masakan yang mempunyai cita rasa pelbagai tempat di China. Di sini terdapat banyak restoran yang mendapat sambutan baik daripada pelanggan. Oleh itu, jika pergi makan pada pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang atau pada pukul 5.00 petang hingga 8.00 malam, kita mungkin terpaksa beratur dan kena tunggu giliran kerana restoran itu ramai pelanggan.
Pelayan di sana juga selalu berkata "Sila tunggu sekejap", dalam bahasa mandarin ialah "qing3 ni3 men2 deng3 yi4 huier"
"qing3", "sila".
"ni3 men2" bermaksud "awak semua".
"deng3" bermaksud "tunggu".
"yi4 huier" bermaksud "sekejap".
-
Berapa lama perlu kami tunggu?
"wo3 men2", "kami".
"yao4" bermaksud "perlu".
"deng3" bermasuk "tunggu".
"duo1 jiu3", "berapa lama".
-
Bagaimana rasanya?
"wei4 dao4" maksudnya "rasa".
"zen3me yang4" bermaksud "bagaimana".
-
Sungguh sedap.
"zhen1de", maksudnya "sungguh".
"hen3" bermaksud "amat" atau "sangat".
"hao3 chi1", "sedap".
-
Saya sudah kenyang.
Orang China amat pemurah. Mereka suka meraikan tetamu dalam hal makan.Jadi, kadang-kadang amat perlu untuk memberitahu mereka "saya sudah kenyang", iaitu "wo3 chi1 bao3 le" supaya mereka tidak tambah lauk lagi.
"wo3", "saya".
"chi1", "makan".
"bao3" bermaksud "kenyang".
le ialah kata bantu. Kata kerja dalam bahasa Mandarin tidak dapat memperlihatkan keadaan sebenar. Jadi, kata bantu sentiasa digunakan untuk menunjukkan perkara itu sudah atau bakal berlaku. Sebagai contoh "wo3 chi1 bao3 le ", "le" di sini mempunyai maksud "sudah".