-
Adakah awak semua suka makanan yang pedas?
Kita pernah menyebut tentang masakan provinsi Sichuan dan Hunan yang amat pedas. Di Beijing, ramai gadis suka makan masakan yang pedas. Jadi,jika saudara ingin bertanya "Adakah awak semua suka makanan yang pedas?" kepada kawan-kawan, awak boleh tanyakan "ni3 men2 xi3 huan1 chi1 la4 de ma?"
"ni3 men2", "awak semua".
"xi3 huan1" bermaksud "suka".
"chi1" bermaksud "makan".
"la4 de", bermaksud "yang pedas".
-
Saya suka makan sate kambing.
Amat seronok ketika makan sate kambing bersama-sama dengan kawan pada malam musim panas.
"wo3", "saya ".
"xi3 huan1", "suka".
"chi1", "makan".
"yang2 rou4", "daging kambing".
"chuan4", "sate".
"yang2rou4 chuan4", "sate kambing".
-
Apa isinya?
Jika hendak mengetahui "apa isi" dalam kuih tepung beras Jaozi, saudara boleh bertanya "zhe4 li3mian4 shi4 shen2me?"
"zhe4", "ini".
"li3 mian4", bermaksud "di dalam".
"shi4",bermaksud "ialah".
"shen2me", "apa".
-
Mari kita beli minuman.
Selepas makan, awak tentu berasa dahaga. Awak boleh katakan "wo3 men2 qu4 mai3 dian3 yin3 liao4 ba", bermaksud "Marilah kita beli minuman."
"wo3men2", "kita".
"qu4', "pergi".
"mai3", "membeli".
"dian3" bermaksud "sedikit" atau "beberapa".
"yin3 liao4", bermaksud "minuman".
"ba" merupakan kata bantu.