-
Saya amat gembira berjumpa dengan keluarga awak.
Apabila menjadi tetamu di rumah orang China, saudara boleh berkata"wo3 hen3 gao1xing4 ren4shi ni3 de jia1ren2". "wo3","saya".
"hen3","amat atau sangat".
"gao1 xing4", bermaksud "gembira". "ren4 shi2" bererti "mengenali". "jia1 ren2", "ahli keluarga".
-
Inilah masakan yang pandai saya masak.
Orang China peramah dan suka menerima tetamu.Jika saudara juga hendak menjemput beberapa orang kawan ke rumah saudara dan saudara sudah pandai memasak beberapa jenis masakan China, saudara boleh berkata "zhe4 shi4 wo3de na2shou3 cai4". "zhe4", "ini". "shi4", "ialah". "wo3de", "yang saya punya". "na2 shou3", bermaksud "pandai". "cai4", "masakan".
-
Makanlah banyak sedikit.
Orang China selalunya mengambil makanan untuk tetamu mereka dengan menggunakan penyepit mereka sendiri. Jangan tersinggung kerana ini merupakan kebiasaan yang menunjukkan kemesraan tuan rumah terhadap tetamu yang dihormati.Dan mereka juga selalu berkata "ni3 duo1 chi1 dian3 er" yang bermaksuk "makanlah banyak sedikit". "ni3" ialah "saudara atau kamu"."duo1", "banyak". "chi1", "makan". "dian3 er", bermaksud "sedikit".
-
Silalah datang ke rumah saya bila-bila.
Ketika saudara meninggalkan rumah kawan, saudara boleh berkata "xia4 ci4 qing3 ni3 men2 dao4 wo3 jia1 zuo4 ke4" yang bermaksud "silalah datang ke rumah saya bila-bila". "xia4 ci4", bermaksud "lain kali". "qing3", "sila". "ni3 men2", "kamu semua". "dao4", bermaksud "datang". "wo3 jia1", bermaksud "rumah saya". "zuo4 ke4", bermaksud "menjaditetamu".