Pelajaran 16 Berkumpul dengan Keluarga

 Hubungi CRI
 

1 hb bulan pertama menurut kalendar tradisional China ialah Hari Perayaan Musim Bunga yang juga dikenali sebagai Tahun Baru China. Tahun Baru China merupakan hari perayaan tradisional yang disambut paling meriah oleh rakyat.
Lazimnya, orang China akan mengemas dan menghias rumah mereka sebelum hari perayaan Tahun Baru China. Mereka akan menampal kuplet pada pintu rumah untuk menunjukkan hasrat mereka untuk mendapat kebahagiaan pada tahun baru. Selain itu, ada juga orang yang menggantung tanglung merah, dan menampal perkataan "Fu" yang bermaksud "bahagia" atau imej "Caishen" pada pintu. "Caishen" ialah dewa kekayaan yang kononnya boleh memberikan kekayaan kepada rakyat. Tulisan "Fu" sentiasa ditampal secara terbalik, kerana ia akan membawa makna "kebahagiaan akan datang". Cuti Tahun Baru China sering digunakan oleh orang ramai untuk pulang ke kampung halaman atau melancong, ataupun untuk mengadakan pelbagai aktiviti perayaan. Jadi, pada musim itu, kapal terbang dan kereta api akan penuh sesak dengan penumpang.