-
Silakan dahulu!
Dalam bahasa Mandarin "nin2 xian1 qing3" bererti "silakan dahulu". Ayat ini boleh digunakan dalam mana-mana situasi untuk menghormati orang lain, seperti ketika akan masuk ke sesuatu tempat atau ketika mula makan dalam jamuan. "nin2" merupakan bentuk sopan bagi "ni3" yang bermaksud "anda". Biasanya ia digunakan oleh orang muda ketika bercakap dengan orang yang lebih tua atau tuan rumah kepada tetamunya. "xian1", bermaksud "dahulu". "qing3", bermaksud "sila atau silakan".
-
Janganlah sopan begitu.
Jawapan bagi"nin2 xian1 qing3" dalam bahasa Mandarin ialah "bie2 zhe4 me ke4 qi4"."bie2", bermaksud "jangan". "zhe4me", bermaksud "begini". "ke4qi", bermaksud "sopan".
-
Mari kita minum ucap selamat bagi kejayaan kerjasama kita!
Dalam budaya China, terdapat pelbagai cara untuk mengajukan minum ucap selamat dalam jamuan. Mengatakan"Mari kita minum ucap selamat bagi kejayaan kerjasama kita" dalam bahasa Mandarin ialah "wei4 wo3 men2 de he2 zuo4 cheng2 gong1 gan1 bei1!" "Wei4", ialah kata hubung yang sama maksudnya dengan "untuk" atau "bagi". "wo3 men2 de", "kita". "he2 zuo4", "bekerjasama". "cheng2 gong1", bermaksud "kejayaan". "gan1 bei1", bererti "minum habis".
-
Mari kita minum ucap selamat bagi kesihatan kita.
"da4 jia1 de" bererti "semua orang".
"shen1 ti3" bermaksud "tubuh badan".
"jian4 kang1" bermaksud "kesihatan".
-
Terima kasih atas layanan mesra anda.
Sebelum meninggalkan jamuan, kita patut mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah. Bagaimana mengatakan "terima kasih atas layanan mesra anda semua" dalam bahasa Mandarin? "Gan3 xie4 ni3 men2 de re4 qing2 kuan3 dai4". "gan3 xie4", "terima kasih". "ni3 men2 de", "anda". "re4 qing2", "mesra"."kuan3 dai4", bermaksud "layanan dengan mesra".