-
Tumpang tanya, adakah syampu dijual di sini?
Sekiranya anda mahu membeli syampu di pasar raya, anda boleh tanya kepada jurujual "qing3 wen4, you3 xi3 fa4 shui3 mai4 ma?" "qing3 wen4", bermaksud "tumpang tanya". "you3", bermaksud "ada". "xi3fa4shui3", bermaksud "syampu". "mai4", "dijual". "ma" ialah perkataan tanda ayat pertanyaan, dan biasanya diletak pada hujung ayat.
-
Saya hendak memulangkannya.
Ia mungkin rosak,saudara hendak memulangkannya. Saudara boleh berkata "wo3 xiang3 tui4 huo4". "wo3", saya. "xiang3", "hendak atau mahu". "tui4', bermaksud "memulangkan". "huo4", bermaksud "barang".
-
Adakah anda membawa resitnya?
Di pasar raya, apabila saudara hendak memulangkan barangan,biasanya jurujual akan bertanya "nin2 de fa1 piao4 dai4 lai2 le ma?" "nin2 de", bermaksud "yang saudara punya". "fa1 piao4", bermasuk "resit". "dai4", bermaksud "membawa". "lai2" mengikut "dai4" untuk menunjukkan arahan bagi gerakan orang. "le" ialah kata bantu. Ia terletak di hujung ayat untuk menandakan penyelesaian gerakan itu.
-
Tolonglah, saya nak memulangkannya.
Kalau jurujual menolak pemulangan barang itu kerana kerosakannya tidak begitu serius, bagaimana menyatakan kita bertegas dalam situasi ini dalam bahasa Mandarin? Saudara boleh berkata "nin2 gei3 tui4 le ba3". "nin2", kata sopan bagi "ni3". "gei3" bermaksud "memberi". Namun ia merupakan kata bantu di hadapan perkataan "tui4" untuk menguatkan penegasan. "tui4", bermaksud "memulangkan". "Le" ialah kata bantu. Ia terletak di hujung ayat untuk menandakan penyelesaian gerakan itu. "ba" juga merupakan kata bantu yang terletak di hujung ayat untuk menyederhanakan nada ayat ini.