Pelajaran 18 Di Pasar Raya

 Hubungi CRI
 

Pelancong asing di China perlu meminta resit sama ada selepas menumpang teksi, menginap di hotel atau pun membeli-belah untuk menjaga hak mereka sebagai pengguna. Resit merupakan jaminan penting bagi pengguna semasa menghadapi masalah kualiti atau jaminan terhadap barang-barang yang dibeli.
Kita perlu meminta resit daripada pemandu teksi kerana, jika barang kita tertinggal dalam teksi, kita dapat menuntut balik barang kita itu dengan menggunakan maklumat dalam resit itu.
Selain itu kita juga patut meminta resit bagi barang-barang yg dibeli supaya dapat memulangkannya, mengganti atau membaikinya jika kita tidak puas hati.
Bagaimana meminta resit dalam bahasa Mandarin? Saudara boleh berkata kepada jurujual 麻烦您帮我开张发票,行吗? 谢谢。(ma2 fan2 nin2 bang1 wo3 kai1 zhang1 fa1 piao4, xing2 ma? xie4 xie4). Manakala semasa meminta resit daripada pemandu teksi, saudara boleh kata 我要发票(wo3 yao4 fa1 piao4).