-
Limau ini maniskah?
Jika saudara mahu membeli limau di pasar raya, tetapi bimbang limau itu kurang manis, saudara boleh bertanya "Zhe4 ju2zi tian2 ma?" "zhe4", "ini". "ju2 zi", bermaksud "limau". "tian2", "manis".
-
Berapa harganya sekilogram?
Ketika mahu menanyakan harganya, saudara boleh tanyakan "duo1 shao3 qian2 yi4 gong1jin1?" "duo1 shao3", "berapa". "qian2", bermaksud "wang atau harga". "duo1 shao3 qian2", bermaksud "berapa harganya." "yi1", "satu". "gong1jin1", "kilogram". "yi1 gong1jin1", "satu kilogram". Sebenarnya, ukuran berat "jin" lebih kerap digunakan di pasar China. Satu "jin" ialah setengah kilogram.
-
Saya tidak ada duit kecil.
Jika saudara tidak mempunyai wang atau dunit kecil, katakan sahaja "wo3 mei2 you3 ling2 qian2". "wo3" ialah "saya". "mei2 you3", bermaksud "tidak ada". "ling2 qian2", bermaksud "duit kecil".
-
Ini 100 yuan.
Jika saudara tidak ada duit kecil dan hanya mempunyai 100 yuan, anda boleh katakan "gei3 ni3 yi4 zhang1 yi4 bai3 de". "gei3", bermaksud "memberi". "ni3", "saudara". "yi1", "satu". "zhang1" ialah penjodoh bilangan bagi kertas, gambar atau tiket. "yi4 bai3","seratus". "de", kata bantu.