Pelajaran 19 Di Pasar Buah-buahan

 Hubungi CRI
 

Bagi orang barat, bertanyakan berapa pendapatan seseorang itu atau berapa harga sesuatu barang yang dimilikinya adalah kurang sopan. Ini berbeza dengan budaya China. Sebenarnya, harga barang sering kali menjadi kandungan penting dalam perbualan antara orang China. Jika anda ditanya, "Jam tangan anda berapa harganya?" "Sewa bilik anda berapa sebulan?", atau "Berapa harga sekilogram epal yang anda beli ini?" di China, anda jangan terkejut. Jika anda tidak mahu menjawab dengan tepat, anda boleh mengatakan "saya lupa" atau, "saya tak tahu" saja.