Pelajaran 20 Di Pasar Barang Terpakai

 Hubungi CRI
 

  • Ini apa jenamanya?
    Jika saudara mahu membeli barang dengan harga yang agak murah, saudara boleh pergi ke pasar barangan terpakai.Sebelum membeli barang di pasar barangan terpakai, saudara mungkin mahu menanyakan tentang jenamanya dulu.Saudara boleh bertanya "zhe4 shi4 shen2 me pai2 zi de?" "zhe4", "ini". "shi4","ialah". "shen2 me", "apa". "pai2 zi", bermaksud "jenama". "shen2 me pai2 zi", "apa jenamanya". "de", kata bantu.


  • Jenama China yang terkenal.
    Sekarang barang dengan tanda "made in China" boleh didapati di seluruh dunia. Banyak jenama dari China, seperti "Haier" juga menjadi sangat terkenal di dunia. "jenama China yang terkenal" dalam bahasa Mandarin ialah "zhong1 guo2 ming2 pai2". "zhong1 guo2", "China". "ming2 pai2", "jenama terkenal".

  • Ada sedikit kecacatan di sini.
    Di pasar barangan terpakai, biasanya saudara boleh tawar-menawar dengan penjual.Di sini ada pengalaman baik yang dapat kita kongsi bersama. Saudara boleh mencari kecacatan kecil pada barang itu dulu, kemudian mula tawar-menawar dengan penjual agar harganya dapat diturunkan. Saudara boleh katakan "zhe4 er you3 dian3 er mao2 bing4". "zhe4 er", bermaksud "sini". "you3", bermaksud "terdapat atau ada". "dian3 er", bermaksud "sedikit". "mao2 bing4", bermaksud "kecacatan".

  • Paling tinggi 100 yuan.
    Jika saudara fikir harganya terlalu mahal, dan paling tinggi harga yang dapat anda bayar ialah 100 yuan untuk barang itu, anda boleh katakan "zui4 duo1 yi4 bai3 yuan1" yang bermaksud "Paling tinggi 100 yuan." "zui4 duo1", "yang paling tinggi". "yi4 bai3 yuan2", "seratus yuan".