Di sebahagian pasar swasta China, saudara boleh tawar-menawar dengan penjual ketika membeli barang. Ini juga telah menjadi sesuatu yang menyeronokkan bagi kebanyakan orang China. Anda dapat menggunakan taktik seperti berikutnya semasa tawar-menawar:
Pertama, jangan memberitahu apa yang anda mahu beli. Berpura-puralah seperti barang yang anda mahu beli itu tidak begitu diperlukan. Jadi, anda dapat membandingkan mutu barang yang sama dari beberapa penjual yang berbeza. Dengan cara ini, anda pasti dapat barang yang memuaskan hati dengan harga yang agak murah.
Kedua, sedapat mungkin cari dahulu kecacatan barang itu. Tiada barang yang sempurna di dunia ini. Para penjual sentiasa menceritakan kebaikan barangnya kepada anda. Pada masa itulah, anda mengemukakan kecacatan barang itu.
Taktik tersebut hanya boleh digunakan dalam pasar swasta. Biasanya harga barang di pasar raya tetap, kita tidak boleh tawar-menawar di sana.

