Pelajaran 21 Membeli Barang Melalui Telefon

 Hubungi CRI
 

  • Saya mahu memesan sekeping pizza.
    Dengan perkembangan teknologi moden, membeli barang kini menjadi semakin mudah. Misalnya, saudara dapat membeli barang melalui telefon.Jika saudara mahu memesan sekeping pizza melalui telefon, saudara boleh berkata "wo3 yao4 ding4 ge4 bi3sa4bing3".
    "wo3", "saya".
    "yao4", "mahu".
    "ding4", bermaksud "menempah atau memesan".
    "ge4" merupakan kata ukuran atau penjodoh bilangan. Di sini bermaksud "keping". Jadi,"yi1 ge4" ialah "sekeping","san1 ge4"ialah "tiga keping" dan "si4 ge4"ialah "empat keping".
    "bi3sa4bing3", "pizza".


  • Bagaimana membayarnya?
    "zen3me" bermaksud "bagaimana".
    "fu4" bermaksud "membayar".
    "qian2", "wang".
    "fu4 qian2" bermaksud "membayarnya".
    "ne" merupakan kata tanya di sini.

  • Boleh bayar kemudian, semasa menerimanya nanti.
    Jika saudara memilih untuk membayar semasa menerima barang itu, saudara boleh memeriksa kualiti barang yang dihantar kepada anda itu sebelum membayarnya. Bayar kemudian semasa menerima barang diucapkan "ke3 yi3 huo4 dao4 fu4 kuan3".
    "ke3 yi3" bermaksud "boleh".
    "huo4" bermaksud "barang".
    "dao4" bermaksud "tiba".
    "fu4", "membayar".
    "kuan3" bermaksud "jumlah bayaran".
    "fu4 kuan3" juga bermaksud "membayarnya".

  • Awak tetapkan masanya.
    "ni3", "saudara".
    "shuo1", bermaksud "berkata atau tetapkan".
    "yi2 ge4", "sebuah atau satu".
    "shi2 jian1", bermaksud "masa".