Pelajaran 21 Membeli Barang Melalui Telefon

 Hubungi CRI
 

Membeli barangan melalui internet banyak memudahkan para pembeli. Di sini kami akan memberi beberapa cadangan kepada rakan asing yang mahu membeli barangan melalui internet di China. Pertama, barangan yang anda terima mungkin berbeza sedikit daripada gambarnya yang anda lihat dalam laman web, atau barang itu tidak memuaskan hati anda. Oleh sebab itu, anda sebaik-baiknya meminta resit daripada penjual yang berkenaan supaya barang itu dapat dipulangkan atau ditukar dengan yang lain. Kedua, memilih penjual yang mempunyai kredit yang baik. Ketiga, berfikir habis-habis sebelum menempah barangan. Jika anda menempah barangan melalui internet bermakna anda telah mengikat kontrak dengan penjual. Akhirnya, jika anda membayar dengan kad kredit melalui internet, sebaik-baiknya tukarlah kata laluan setelah membayar. Jika ada pilihan, eloklah membayar ketika menerima barang tersebut.